18 November 2009

Kota seputeh-tahniah

Tahniah kepada pemerintah Kedah. Berjaya juga tuan2 semua untuk menggunakan "Wang Rakyat untuk Rakyat". Baguih sangat2. Bukannya nak pikiaq macam mana nak kurangkan masalah banjir ni. Yang dok pikiaq macam mana nak mengundi lagi. Banyak duit nak guna tu. Tapi tak pa kan ni semua untuk rakyat jugak. Yang Adun BN ni satu pasai, orang dah bagi change jadi Wakil Rakyat, tak pi pulak masuk dewan. Ada la change geng2 belah kanan ni nak cari pasai. Pakat2 tolong pikiaq sendiri la nasibb rakyat. Duit yang nak guna kat jalan yang sepatutnya, dah kena guna nak support pilahan raya.Tapi ok jugak la, boleh la nanti tengok show free. Bulih la pakat ramai pi kata kat orang. Yang geng2 niaga ni, amik la peluang ni, jangan dok bagi change, kaut untung betul betul. Tokeh2 wat poster dok tunggu dah tu, siap order kertas dah pa. Macam saya nak tunggu tengok ja. Ya la kot2 ada jamuan free. Cuma harap sangat kat suma yang akan terlibat ni, tolong tunjukkan yang hang pa suma ada tamadun, ada pelajaran, memang layak nak jadi pemimpin. Pada bos2 besaq parti nanti tolong sangat nasihat orang2 hang pa suma. Orang kata pa, baik didikan dari mak pak, insyaalah baik la anak2 ni. Selamat pakat lawan berkempen. Adios....

17 November 2009

Pekerja asing la pulak.......

Assalamuaikum & salam sejahtera.
Isu pekerja asing dah jadi macam biskut le pulak. Sekejap ade sekejap tak de. Tak boleh setle ker?
Dah habis ke semua rakyat malaysia ni bekerja? Sampai perlu gune orang luar ni. banyak isu yang berbangkit. Ramai dah yang bersuara. Dah sampai parlimen pon. Emmm.... macam tu jugak. Ape masalah nyer...
Citer pasal pengalaman ler. Saye ni dalam industri pembuatan. Berasaskan besi. Kejer berat beb. Owner kilang orang tempatan. Saye ni kira nasib baik ler jugak, sekolah tak pandai tapi dah boleh ade sebaris dalam pentakbiran kilang ni. Masalah paling besar sekarang ialah PEKERJA. Pihak kami dah cube macam-macam untuk ambil pekerja tempatan. Interview 10 orang, 8 yang masuk kejer. Belum lepas rehat tengah hari cabut 6 orang. 4 sampai petang. Besok dah tak nampak muke. Gaji biase la, kilang pembuatan ni tak le tinggi. Boleh ler nak sare diri tu. Kami dah ade dah pekerja asing ni. dari Nepal, Bangla, Myanmar & Srilangka. die orang ni rajin gile. Suruh ler wat bende pon, laju jer. So kami buat polisi ler. Untuk kerjer yang agak berat bagi kat die orang jer. pekerja tempatan buat yang ringan-ringan jer (Ini dah kire diskriminasi kan). Tapi ape boleh buat, nak jage pekerja tempatan. tapi tak ade juge. Bayangkan dari 76 pekerjer hanya ade 4 orang pekerjer tempatan. Dah macam-macam care kami buat untuk kekalkan pekerjer tempatan ni. Tauke pon dah tak tahan macam ni. Try request pekerje asing, susah... kerajaan buat polisi baru pulak untuk pengambilan pekerje asing ni. Tak dapat ambil. Tunggu ler kami berbulan-bulan untuk ambil pekerjer tempatan.
Order makin bertambah, worker tak cukup. Hari kami kerjer dok fikir macam mane nak tambah jumlah pengeluaran. Maka tertangguh ler jadual penghantaran. Ade dah customer yang tak nak lagi ambil order dari kami. bayak tu. Baru-baru ade satu customer dah batalkan order sebanyak 45% dari ? Ade lagi yang rugi, sape? Kerajaan ler. dah kuarang die orang punyer kutipan cukai. Kalau keadaan terus macam ni lagi due tige tahun, entah ape yang akan ter jadi.Ye la, kalau kialng dah tak ade order, macam mana nak hidup. Kalau kilang tutup? Kami ler kene berenti kejer. Banyak akibat nyer kalau keadaan ni terus berlaku. Tak per...
cukup dulu sampai kat sini. Lepas ni saye akan tulis untuk cakap pasal gaji minima, pasal polisi, & ape-ape saje lagi pasal pekerja ni la.
Assalamualaikum. Adios..........

16 November 2009

Betul tak?

Penah u all fikir... betul tak?
Pelik betul dengan dunia sekarang ni kan. Yang tua dengan perangai nyer. ye le.. tak sedor... nak jadi mude. Yang mude rase nak mude jer, rase cam takkan tue. Yang dah kaye tak penah cukup. Yang tak berduit lagi ler tak penah cukup. Yang ade jawatan, rase cam tak cukup tinggi. Ahli politik macam biase ler. Dah abis PRU pon masih dok gaduh pasal politik. Pernah anda fikir kemana arah kite untuk
mase akan datang. Macam tak tentu arah jer. Nak ikut sape? nak dengor sape cakap? "Entah" ade gak yang cakap macam tu. Tapi ramai juge yang dah tentukan arah masing-masing. Betul tak? tapi... betul ke ape yang kita pilih... Tak tahu kan. Tawakal jer? Belum cukup! Belajor ler. macam mana? Ade mate kan, lihat la.... Telinga? dengar... abis tu nak buat ape lagi.....? FIKIR, guna akal yang Tuhan bagi tu.
Banyak yang saya fikir. Entah betul ke tidak.Tapi masing-masing dengan cara fikir kita sendiri. So, kena hormat sesama sendiri. Sampai sana nanti masing-masing akan tahu mana baik, mane yang buruk.So... nasihat saye ler, kepada yang tue, mude, kaye, miskin, yang berjawatan, yang dah jadi pemimpin (tak kire ler belah maner) ingat lah satu hari nanti kita akan diadilkan. jadi tak perlulah kita semua sekarang ni nak cube-cube jadi pengadil (hakim) kepada orang lain. Sebabnyer kita tidak mungkin berlaku adil.
Kepada yang ade ilmu tu tolong-tolong ler ajar pengikut-pengikut yang dah melampau (kurang ajar).
Kepada yang rase dah buat terbaik untuk rakyat tu (konon-kononnyer) belajar-belajarla cermin kesilapan diri kite tu.
Tak sume yang anda sume buat ni boleh diterima oleh orang lain.
Pro dan kontra perlu ada, tapi biarlah dalam bentuk yang positif.

14 November 2009

Salam pengenalan......

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Selamat berkenalan, saya ingin mengajak anda semua kedalam blog saya ini untuk berkongsi cerita, pendapat, komen, rasa tak puas hati atau ingin mengiklan & menjual barangan anda. Terbuka untuk apa saja tajuk. Pengunaan bahasa terpulang sama ada bahasa melayu atau english. Juga tidak kira apa juga bangsa anda. Semua golongan umur,taraf sosial, pendidikan, perkerjaan amat-amat dialukan. Isu-isu semasa amat digalakkan. Peringatan, anda dilarang sama sekali menggunakan perkataan-perkataan yang boleh dianggap lucah, menghina, menjatuhkan maruah sesiapa. Sila neutralkan fikiran anda jika ingin melayari blog ini. Saya akan cuba menjadikan blog ini sebagai tempat rujukan bagi semua golongan. Pilihan ditangan anda....