22 November 2009

PAS vs UMNO

Parti Islam Se-Malaysia. Hanya parti yang Islam? Bagaimana pengikutnya? Pemimpinnya pulak? Semua ini pada saya adalah berasingan pada masa ini. Kenapa? Cuba anda lihat kepada pemimpin-pemimpin dalam PAS sendiri. Katanya hendak menyuburkan sinar Islam. Mengikut Quran & Hadis. Quran dari Allah, hadis dari Nabi Muhammad. Saya tidak mahu ulas mengenai Al-Quran, tapi tentang hadis. Banyak hadis yang selalu dibawa oleh para pemimpin-pemimpin PAS. Betul dan tepat. Cuma satu yang saya lihat kebanyakan dari mereka belum mengamalkan sifat-sifat sebagai seorang Islam yang sebenar.
Apa yang dikatakan sifat seorang Islam sebenar? Tentulah sifat-sifat Nabi Muhammad. Tidak perlu saya menghuraikan apakah sifat-sifat Nabi disini, kerana bagi saya semua orang Islam mengetahuinya bukan? Saya hendak saudara-saudara semua cuba nilaikan keadaan ini. Satu contoh sifat nabi yang paling saya sukai ialah lembut berkata-kata & penyabar walaupun dengan Musyrikin. Lembut berkata-kata bukan bercakap dengan lemah-lembut, tetapi menggunakan bahasa/perkataan yang baik-baik tetapi tegas. Bukan dengan menggunakan bahasa yang maki memaki. Sudah selalu kita dengar. Apa yang paling sedih ia disambut sorakan. Mungkin saya kurang ilmu dalam agama ini, tapi saya masih boleh membezakan apa yang patut dan tidak patut di lafazkan dari mulut kita kepada manusia lain. Sifat penyabar, adakah ia ada pada kebanyakan pemimpin PAS? Yang saya lihat kurang, selalu melatah. Maka keluarlah pekataan yang tidak elok apabila membuat kenyataan akbar.
Bagaimana pula dengan pengikut-pengikut PAS? Apa yang saya teliti ada dua golongan dalam PAS. PERTAMA yang sememangnya yang betul-betul mencintai Islam,dan ingin menjadikan PAS sebagai landasan untuk menegakkan Islam. Saya memang menghormati golongan ini. Contoh tebaik golongan ulamak dalam PAS. Golongan KEDUA, yang hanya mengikut membuta tuli tanpa betul-betul mengenali PAS itu sendiri. Hinggakan ada pada satu masa, ada yang mengatakan jika ikut PAS pasti akan masuk syurga. Salah tu. PAS tidak menjanjikan syurga. Syurga milih Allah. Tiada satu manusia atau pertubuhan yang dapat menjanjikan syurga. Bukan hanya dengan memangkah PAS ketika PRK tanpa mengamalkan ajaran Islam dapat masuk syurga. Pada masa ini adakah ada mana-mana pemimpin PAS bangun untuk membetulkan keadaan. Tiada bukan. Kenapa? Tidak lain tidak bukan kerana takut kehilangan sokongan, takut kehilangan undi. Mana jati diri pemimpin-pemimpin PAS. Ini baru untuk satu pangkah, belum untuk berjuangg dengan pedang. beranikah mereka.
Saya ingin membuka mata saudara-saudara sekelian. Jika anda rasa adakah PAS sekarang ini betul-betul ingin menegakkan agama Islam sila tunjukkan. Adakah Kelantan & kedah sudah menjadi negeri Islam. Saya tidak maksudkan undang-undang Islam, tapi cara pemerintahannya adakah mengikut 100% cara Islam. Belum lagi, kenapa? Sebagai satu contoh sahaja, kebersihan. Kebersihan mencerminkan Iman. Saya suka melihat sesuatu pada asas nya dahulu,jika yang asasnya belum sempurna janganlah ingin melihat hingga kedalam.
Jika PAS selalu mengataka ada Ulama UMNO, pada saya PAS juga ada ulamanya sendiri. Sehingga sanggup membutakan mata terhadap kesilapan pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Tidak berani untuk menegur. Kenapa ini berlaku dalam sebuah pertubuhan Islam terbesar. Sila jawab. Adakah mereka ini jahil? Tidak mungkin. Kerana mereka adalah golongan yang sangat berpengetahuan dalam Islam yang kita cintai ini.
Jadilah ulama yang berani menegur. jadi lah contoh yang terbaik kepada umat Islam di negara tercinta ini.
Saya juga ingin meminta pemimpin-pemimpin PAS agar Islamkan dahulu pertubuhan anda. Jadilah Pengikut-pengikut anda sebagai orang Islam sebenar. jika sebelum ini Tuan-tuan semua mungkin tidak mengetahui keadaan yang sebenar, biar saya yang dedahkan. Ketahui lah Tuan-tuan pengikut-pengikut anda, ada juga yang minum arak, berjudi,berzina,merempit dan sebagainya lagi. Ingatlah bahawa setiap manusia ada kekurangannya. Janganlah terlalu melihat kekurangan pihak lain hingga lupa untuk membaiki diri kita sendiri. Bak kata perpatah, kuman diseberang laut ternampak, gajah dihadapan mata tak nampak. Ini bukan omong kosong, inilah kebenaran.
Bukan niat untuk memalukan mana-mana pihak, kerana ini adalah sebenar suara rakyat bawahan yang sering melihat kepincangan dalam masyarakat.
Lebih baik memjadi pemerhati daripada menjadi yang diperhati.
Islam bukan untuk mana pertubuhan atau parti. Ia untuk manusia sejagat. Pada saya tidak perlu untuk mendaftar mana-mana parti untuk menjadi seorang Islam yang sebenar. Islam yang sebenar apabila kita benar-benar mengamalkan Islam. Bukan benar-benar menyokong parti PAS.
Dalam soal memilih pemimpin saya memilih pemimpin yang benar-benar boleh memimpin.
Dan diakhir coretan saya ini saya ini menyampaikan pesanan kepada semua pemimpin PAS dan UMNO bahawa sekarang sudah wujud golongan yang tidak menyokong ANDA semua. UMNO kerana masih membenarkan golongan perasuah bermaharajalela dalam perhidmatan kerajaan. PAS kerana sanggup bersongkol dengan DAP & KEADILAN. Juga memberi sokongan kepada HINDRAF yang pada kami mereka terang-terang menolak ISLAM.
Hidup Islam. Adios.....